NAMA: NUR FATIHAH ZAHRA' BINTI MOHD ISHAM
UNIT : BAHASA MELAYU 2
UNIT : BAHASA MELAYU 2
PENDAHULUAN
Istilah i-Think asalnya merupakan perkataan bahasa Inggeris
yang bermaksud pemikiran inovatif (Innovative Thinking). Pemetaan i-Think merupakan salah satu teknik
terbaru yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada guru-guru di Malaysia. Hal ini kerana,
pemetaan i-Think selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara kita iaitu
untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif, inovatif serta berfikiran aras
tinggi. Selain itu, pemetaan i-Think juga selari dengan proses pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 di dalam kelas.
Pemetaan i-Think telah dicipta dan diperkembangkan oleh Dr. David Hyerle.
Dr. David Hyerle (pg. 6, 2014) menyimpulkan bahawa pemetaan i-Think sebagai
visual bahasa yang biasa untuk
pemikiran. Pemetaan i-Think terdiri daripada lapan bentuk iaitu, peta buih,
peta buih berganda, peta dakap, peta bulatan, peta pokok, peta alir, peta
pelbagai alir dan peta titi. Pemetaan i-Think boleh dirujuk seperti rajah dibawah;
![]() |
contoh peta i-Think |
Terdapat beberapa kelebihan peta i-Think terhadap proses pembelajaran. Antara kelebihan peta i-Think ialah
- Memproses maklumat dengan lebih cepat.Melalui peta i-Think, murid akan dapat memproses maklumat dengan lebih cepat kerana maklumat yang ringkas dan padat.
- Dapat meningkatkan tahap pemikiran dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi.Melalui peta i-Think, murid mampu untuk meningkatkan tahap pemikiran dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi kerana untuk pembinaan peta i-Think melibatkan daya imaginasi yang tinggi.
- Dapat melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan inovatif.Melalui peta i-Think, individu dapat melahirkan fikiran yang kreatif dan inovatif kerana peta i-Think memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya.
- Sesuai untuk dilakukan untuk semua subjek. Peta i-Think sesuai untuk dilakukan untuk semua subjek kerana kriteria yang peta i-Think yang tidak spesifik.
- Menstruktur pemikiran dengan cara yang sistematikMelalui peta i-Think yang teratur, hal ini dapat mencorakkan menstruktur pemikiran yang sistematik.
- Dapat menjimatkan masaBahan bacaan yang dihasilkan melalui peta i-Think dapat menjimatkan masa untuk mengulang kaji semula kerana peta i-Think memuatkan isi-isi ringkas serta mudah difahami.
Peta i-Think juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Antara kekurangan yang boleh didapati di dalam peta i-Think ialah;
- Peta i-Think tidak mampu untuk menghuraikan setiap isi yang penting.
Hal ini menyebabkan perkara yang penting terlepas pandang semasa membuat nota peta i-Think. - Peta i-Think tidak mempunyai susunan yang teratur.
Hal ini kerana, peta i-Think disusun dalam keadaan yang berselerak.
PENUTUP
Kesimpulannya, peta i-Think mempunyai kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment